BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 26, 2010

12 RABIULAWAL 1431H

Assalamualaikum W.B.T

Salam Maulidur Rasul buat teman sekalian,

Alhamdulillah,
segala puji dan puja
kita rafaakkan kepada Allah
yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita,
Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta
Nabi
Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul,
penunjuk jalan
al-haq dan daie sepanjang jalan.

Tanggal 26 Februari,2010,
kita menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw.
Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda
kepada kita merupakan satu nikmat kubra buat umat sejagat.
Ini kerana kelahiran baginda memberikan petanda risalah
dan penyelamat umat dari dibelenggu arus jahiliyah.

Saban tahun kita menyambut dan
mengenang kelahiran baginda SAW.
Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita
sejauh mana kita telah mencontohi dan mengimplimentasikan
pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita.

Saban tahun
juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita.
Namun semangat perjuangan baginda
tetap membara dalam sanubari kita.

Marilah kita menggali semula mutiara
keindahan hidup baginda SAW.
Mari kita susuri dan teladani qudwah dakwah
dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula
gerakan
pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban).
Biarpun
jasad baginda jauh beribu-ribu batu,
namun jiwa,perjuangan baginda
tetap mekar dan dekat di hati kita.

Salam Maulidur Rasul...

0 comments: